Tuesday, July 27, 2010

Penjara Taiping




Penjara Taiping


Penjara Taiping terletak dikawasan Taman Tasik Taiping dan dipersimpangan Jalan Taming Sari, Jalan Kamunting Lama, Jalan Lumba Kuda dan Jalan Taman Tasik. Bangunan yang berhampiran yang boleh dilihat ialah Muzium Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Klian Pauh dan Hotel Seri Malaysia.

Sejarah


Dibina dalam tahun 1879, Penjara Taiping merupakan satu badan institusi kemanusian yang menghukum, menahan dan memasung pesalah tingkahlaku pertama di Negeri-negeri Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta di Malaysia. Cetusan penjara ini bermula dengan Taiping Goal dan yang terbesar ketika itu.

Sekolah Latihan Pegawai Penjara

Dalam tahun 1952 di Taiping, dalam kawasan tanah seluas 22 ekar, satu sekolah latihan untuk pegawai wadar telah ditubukan dan berjaya menghasilkan pegawai wadar yang berkualiti. Pada tahun 24 Julai 1952, Majlis Tamat Latihan pertama telah dilaksanakan. Dengan sekolah latihan pertama ini, ia berjaya mencetus dan melahirkan kursus bagi Wadar Kanan Penjara (1961), Kursus Asas Bagi Pegawai Wanita (1980) dan kemudiannya sekolah ini dinaiktaraf dan dinamakan sebagai Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN).

Setelah dipenjara 31 tahun dua banduan akhirnya bebas TAIPING 3 Okt. – Dua orang banduan yang mencipta sejarah sebagai tahanan paling lama menjalani hukuman penjara di negara ini – iaitu selama 31 tahun – dibebaskan dengan pengampunan hari ini.

Tiada perkataan lain yang dapat diucapkan oleh Salleh Talib dan Jamil Ahmad selain memanjatkan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana kini mereka dapat menghirup udara bebas selepas lebih separuh usia dihabiskan di dalam penjara.

Kedua-duanya yang bersahabat dijatuhkan hukuman sepanjang hayat pada 1976 selepas terbabit dalam cubaan merompak bersenjata api dalam satu kejadian di Alor Star. Ketika itu, Salleh berusia 27 tahun dan Jamil pula 26 tahun. Hari ini semasa dibebaskan, Salleh berusia 57 tahun dan Jamil 56 tahun. Setelah menjalani hukuman penjara selama 30 tahun, 11 bulan dan 9 hari, mereka diberi pengampunan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, empat hari lalu dan dengan rasminya dibebaskan hari ini. Salleh dipenjarakan di Penjara Taiping, Perak manakala Jamil dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, Selangor. Utusan Malaysia mencatat detik-detik kedua-duanya dibebaskan dari dalam kedua-dua penjara itu. Berikut detik-detik tersebut:

Di Penjara Taiping: Sebaik saja tiba di penjara itu tepat pukul 3 petang, pemberita Syahril Abd. Kadir terus dibawa menemui Pengarah Penjara Kajang, Narander Singh di pejabatnya. Beliau yang teruja melihat kehadiran kami memaklumkan yang beliau sendiri akan membawa Salleh untuk diwawancara secara eksklusif di bilik mesyuarat. Kelibat Salleh kelihatan tidak sampai 10 minit selepas itu. Selesai saja kami menemu bual Salleh, Narander dengan ditemani wakil Suhakam, Datuk Siva Subramaniam terus mempelawa kami melihat sendiri proses terakhir yang perlu dilalui tahanan tersebut sebelum dibebaskan. Tepat pukul 3.50 petang, Narander mengarahkan Salleh menggantikan pakaian penjaranya. Kira-kira 10 minit kemudian, Salleh keluar dari bilik persalinan dengan wajah tersenyum sambil diberi tepukan oleh beberapa para wadar penjara yang berada di bilik tersebut. Dengan berkemeja biru, berseluar panjang hitam, berkopiah dan berselendang ala Herman Tino, Salleh terus dibawa berjumpa Narander di bilik dokumentasi. Di situ, Narander menurunkan tandatangan tidak kurang daripada 10 dokumen sebelum membacakan perintah pembebasan kepada Salleh.

Beliau juga sempat memberikan nasihat dan perangsang kepada Salleh, di saat itu kami melihat mata Salleh bergenang. Kemudian Narander meminta seorang pegawainya menyerahkan sejumlah wang gaji yang dikumpul Salleh dan pada masa sama meminta dia mengiranya secara teliti. Salleh yang agak terketar-ketar mengira dengan penuh khusyuk setiap helai wang diterimanya. Selepas itu terpancar senyuman pada mulut Salleh sebelum dia bersalaman dengan setiap pegawai dan wadar yang berada di situ.

Sejurus sebelum dibawa keluar, Salleh juga diberikan dua batang tongkat yang diukirnya sendiri. “Tongkat itu untuk ayah saya yang tercinta,” katanya ringkas. Salleh kemudian terus dibawa keluar dari 'kediaman' yang lebih 30 tahun dihuninya itu. Dia sempat mengangkat tangan berdoa sebelum terus meluru ke arah ayahnya yang tercinta.

Di Penjara Sungai Buloh: 3 petang: Jamil keluar dari selnya dengan kemeja lengan pendek dan seluar jeans biru. Selepas ditemu ramah oleh pemberita Umavathi Ramayah, Jamil diminta membaca komen dan nasihat yang dicatat dalam sebuah buku penilaian dengan nada yang kuat sebelum dibebaskan dan dibenarkan melangkah keluar dari tembok batu itu. Ketika itu Jamil tidak dapat menahan sebak dan seribu satu keinsafan dapat dilihat pada raut wajahnya.

Pengarah Penjara Sungai Buloh, Darulssalam Budin kemudian menyerahkan wang tunai RM439.10 iaitu sebahagian daripada hasil titik peluh sepanjang dia berada di penjara. “Apa pun saya bersyukur kerana sebahagian daripada hasil titik peluh saya pernah saya hadiahkan kepada ibu sewaktu beliau berangkat ke Tanah Suci Mekah,” jelasnya.




Gambar Penjara Taiping pada zaman dahulu:




Zoo Taiping







Zoo Taiping


Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi





Maklumat



Alamat: Jalan Taman Tasik, Taman Tasik Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia


Poskod: 34000

Bandar: Taiping

Telefon dan Faks Tel : 605 - 808 6577
Faks : 605 - 806 6025

Emel zootaiping@zootaiping.gov.my

Sejarah



Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.

Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamang, rusa, nilgai, burung kuak dan banyak lagi.


Night Safari

Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. Pada 1 Mac 2003, ia telah dibuka dan beroperasi. Waktu operasi untuk night safari bermula dari jam 8.00 malam hingga ke 11.00 malam, (hari Isnin - Jumaat) dan 8.00 malam hingga ke 12.00 malam (Sabtu)























Peta Lokasi

1. Restoran / Bangunan Seminar
2. Tandas Awam
3. Gorilla
4. Cadangan Pameran Primate
5. Kong Kang
6. Chimpanzee
7. Lemur Perang
8. Lemur Ekor Gelang
9. Siamang
10. Ungka Tangan Putih
11. Ikan Arapaima
12. Cadangan Pameran Mamalia Kecil
13. Binturong
14. Kambing Gurun
15. Rusa Ubi
16. Babi Hutan
17. Babi Jokut
18. Pelanduk
19 Singa Afrika
20. Landak Raya
21. Serigala / Anjing Liar
22. Rusa Bawean
23. Cadangan Taman Reptilia
24. Rumah Ular
25. Mamalia Kecil
26. Tandas Awam
27. Pusat Rekreasi
28. Taman Permainan Kanak-kanak
29. Arnab dan Burung Cinta
30. Zoo Kafeteria
31. Ungka Tangan Putih
32. Kasuari
33. Rusa Asia & Antelop (Rusa Axis, Nilghai)
34. Pameran Savana Afrika
35. Aviari
36. Aviari
37. Budgerigar
38. Harimau Kumbang
39. Fauna Australia (Kanggaroo Merah, Emu, Swan Hitam, Angsa Magpie, Hik Radjah)
40. Burung Air Lepas Bebas (Swan, Burung Kuak)
41. Badak Sumbu Putih, Hartebees Merah
42. Badak Tampung, Kijang, Pelanduk
43. Badak Air
44. Gajah, Rusa

45.Hospital,Dapur,Bengkel Kuarantina



Keistimewaan Zoo Taiping



Bagi mereka yang pernah berkunjung ke Taiping, pasti menyedari tentang ciri-ciri dan keunikan di bandar ini.

Taiping yang juga dikenali sebagai bandar warisan dan bersejarah, pernah menjadi ibu negeri Perak sebelum bandar raya Ipoh.

Taiping bermaksud 'aman' dalam bahasa Hakka dan dulunya dikenali sebagai Klian Pauh. Bandar ini menjadi tumpuan setelah penemuan bijih timah oleh Long Jaafar.

Sebelum kedatangan British, daerah ini dikenali sebagai jajahan Larut. Ia ditadbir oleh Long Jaafar yang diberi kuasa oleh Sultan Perak.

Ketika penjajahan British dan setelah termeterainya Perjanjian Pangkor pada 1874, Larut ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.

Akibat kaya dengan bijih timah, Taiping menjadi tumpuan pendatang China sehingga mencetuskan pertelingkahan dua kumpulan - Ghee Hin dan Hai San.

Menyedari kedudukannya sebagai sumber pendapatan utama ketika itu, British telah membangunkan Taiping menjadi sebuah bandar pentadbiran yang serba lengkap.

Namun pada 1937, kedudukannya sebagai ibu negeri telah berpindah ke Ipoh.

Hakikatnya, keistimewaan Taiping sebagai bandar warisan dan bersejarah jelas dilihat kerana terdapat kira-kira 31 bahan sejarah pertama di negara ini.

Disebabkan kebanyakan sejarah bermula di sini, Taiping mampu menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negeri untuk mengunjunginya.

Landasan kereta api antara Taiping dan Pelabuhan Kuala Sepetang (dulu Port Weld) yang dibina pada tahun 1885 misalnya, adalah yang pertama di negara ini.

Ketika itu, tujuan British membina landasan tersebut adalah untuk memudahkan mereka mengangkut bijih timah ke Pulau Pinang.

Taman Tasik Taiping (1880) yang merupakan bekas lombong pula dicatatkan sebagai taman riadah dan rekreasi pertama dibuka.

Berada di taman ini, pengunjung dapat menikmati pemandangan landskapnya yang cantik, dihiasi pokok-pokok berusia ratusan tahun selain terdapat 10 kolam besar lengkap dengan kemudahan tandas, laluan berjoging dan pondok berehat.

Selain itu, Bukit Peranginan Maxwel atau Bukit Larut (1870) juga menyamankan. Untuk sampai ke puncak yang ketinggiannya 1,250 meter dari paras laut, pengunjung perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang disediakan.

Kota Ngah Ibrahim yang terletak di Matang (dulu dikenali sebagai Permatang) telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan.

Beliau adalah anak kepada Long Jaafar yang merupakan orang Melayu pertama membuka perusahaan lombong bijih timah di Larut, Matang dan Selama pada 1840.

Selain itu, terdapat New Club (1880), Lapangan Terbang Tekah (1870) dan Rumah Residen Inggeris (1870), yang semuanya tercatat sebagai yang paling awal dibuka.

Bagi yang meminati sejarah, Muzium Perak (1886) merupakan muzium tertua negara yang masih boleh dikunjungi. Diasaskan oleh Residen British Perak, Sir Hugh Low, di sini tersimpan lebih 10,000 bahan pameran pelbagai spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu selain lebih 5,000 bahan rujukan sejarah.

Penjara Taiping (1883) dan Maktab Perguruan Matang (1913- 1922) yang merupakan maktab perguruan pertama beroperasi di Kota Ngah Ibrahim juga terletak di bandar tersebut.

Selain itu, balai bomba pertama yang dibuka pada tahun 1886 dan kini sudah tidak beroperasi, masih boleh ditatap oleh generasi hari ini apabila bangunannya diubah menjadi menara jam besar dan pusat menjual cenderamata.

Pengunjung juga berpeluang melawat Zoo Taiping dan 'Night Safari' yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah.

Zoo ini menempatkan 1,300 ekor haiwan daripada lebih 200 spesies burung, reptilia dan mamalia yang dipamerkan dalam suasana semula jadi.

Lokasinya yang terletak di kawasan Taman Tasik Taiping dan berhampiran kaki Bukit Larut, memberi ruang kepada para pengunjung untuk 'bermesra' dengan alam.

Secara amnya, terdapat kira-kira 83 buah rumah kedai dan 34 bangunan awam di Taiping yang masih mengekalkan bangunan yang mempunyai ciri-ciri warisan ini.

Justeru, Taiping yang juga terkenal sebagai kawasan paling lembap berikutan menerima hujan hampir setiap hari berbanding kawasan-kawasan lain, perlu mengekalkan kedudukannya sebagai bandar warisan 'di sini bermula segalanya.'

Bukit Larut

Monday, July 26, 2010

Bukit Larut








Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping, Perak. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.

Bukit Larut, yang sebelum ini dikenali sebagai Bukit Maxwell, adalah kawasan rehat pergunungan yang tertua, terkecil dan tidak terusik di Semenanjung Malaysia.

Ia diterokai pada 1884 oleh William Edward Maxwell, Pembantu Residen British di Perak.

Terletak pada ketinggian 1250 meter di atas paras laut, adalah tempat menerima hujan tahunan paling tinggi di Malaysia iaitu lebih 500 cm. Suhu di kawasan ini juga antara 15 darjah Centigrade di awal pagi dan lewat petang, sehingga 10 darjah Centigrade pada malam hari.

Tea Garden House, yang terletak di pertengahan kawasan bukit ini dahulunya pejabat sebuah ladang the. Bagaimanapun, daun teh tidak tumbuh dengan baik di kawasan ini, jadi pihak British memindahkan usaha pertanian mereka ke Tanah Tinggi Cameron yang kini menempatkan Ladang Teh Boh.

Kini, kawasan bangunan ini menjadi tempat persinggahan di pertengahan jalan sebelum tiba di puncak bukit. Pengunjung juga dapat melihat kawasan indah sejauh mata memandang di sini seperti Taman Tasik Perdana Taiping, kawasan hijau di Aulong dan Simpang serta jalan lurus sepanjang 19 km dari Taiping ke Kuala Sepetang.

Pada hari yang cerah, anda akan dapat melihat pesisiran pantai Semenanjung dan juga Selat Melaka dan kadang-kala laluan ke Pulau Pinang di utara dan Pulau Pangkor di selatan.

Pemandangannya sangat indah pada siang hari, dan kelihatan tenang pada malam hari. Bagaimanapun, pemandangan ini sering dilitupi awan pada petang, terutamanya antara bulan September hingga Disember.

Bukit Larut dikhaskan sebagai kawasan Sensitif Alam Sekitar (ESA) peringkat satu dan Simpanan Flora dan Fauna oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.





Latarbelakang
Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.

Fakta
Bukit Larut adalah kawasan yang paling lembap di Malaysia. Hampir setiap hari waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.
Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.
Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga.
Tea Garden (Kebun Teh) - dibina pada 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang teh Assam, kemudian dipindahkan ke Cameron Highlands.
Rumah Rehat Bukit Larut - terletak 1,034 meter di atas paras laut dan 10.1 kilometer dari kaki Bukit Larut dengan keluasan kawasan lebih kurang 1.2 hektar.
Banglo Beringin - asalnya dikenali sebagai Rumah Rehat Watson. Luas kawasannya 1.2 hektar dan berada pada ketinggian 1,036 meter atas paras laut dengan jarak 10.2 kilometer dari kaki Bukti Larut.
Banglo Angkasa - dibina pada 1906 dan dikenali sebagai 'The Federal Bungalows'. Banglo ini disewakan khas untuk VIP saja.
Banglo Cendana - dikenali sebagai The Hut yang dibina pada 1889 dengan kos sebanyak RM2,000.00.
Banglo Tempinis - asalnya dikenali sebagai Banglo Treacher. Sejarah pembinaan dan tujuannya tidak diketahui.
Sri Kayangan - dikenali sebagai The Box yang juga rumah kediaman rasmi Residen Perak. Kawasan ini mempunyai ketinggian 1,242 meter dari paras laut dengan jarak 11.7 kilometer dari kaki Bukit Larut. Persekitarannya amat menarik, kerana pemandangan dari bahagian hadapannya dapat menyaksikan kebiruan Selat Melaka serta panorama Bandar Taiping.
Rumah Rehat Gunung Hijau - asalnya dikenali sebagai The Speedy Resthouse dan terletak pada ketinggian 1,113 meter dari paras laut
[sunting] Penginapan dan Tambang
Pengunjung yang ingin ke puncak bukit mesti menaiki Land Rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut di kaki bukit dengan dikenakan tambang RM4 bagi dewasa dan RM2 (kanak-kanak antara lima hingga 12 tahun) untuk perjalanan dua hala ke stesen atas bukit. Tambang untuk perjalanan dua hala ke Banglo Cendana, Tempinis dan Rumah Rehat: RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak antara lima hingga 12 tahun). Jadual perjalanan Land Rover: antara 8 pagi hingga 5 petang (satu perjalanan bagi setiap jam naik dan turun).Kapasiti Land Rover: 8 orang dewasa. Maklumat dan tempahan penginapan boleh diperolehi dengan menghubungi Pegawai Menjaga Taman Peranginan Bukit Larut di talian 05-8077241/243


Pembiakan Bunga
Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut. Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada Bukit Larut, ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April.Benih bunga tulip di Bukit Larut diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.

Diantara jenis bunga tulip yang disemai adalah berwarna merah, merah jambu, putih serta ungu. Bunga tulip yang telah dipetik dijual pada harga RM5 sekuntum atau RM15 bagi satu pasu yang mengandungi tiga kuntum bunga.[1]
JENIS JENIS TULIP















BUKIT LARUT-SYURGA PERGUNUNGAN TENANG DAN CANTIK UNTUK PENCINTA ALAM.






Kesatuan Antarabangsa Pemeliharaan Alam Sekitar juga telah meletakkanya di dalam Kategori 1 ‘Khas Pusat Lindungan Alam Semulajadi', sementara Pusat Pemantauan Pemeliharaan Dunia - Program Alam Semulajadi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP-WCMC) turut mengiktiraf Bukit Larut sebagai satu kawasan ekologi dan botani yang penting.

Tumbuhan di sini berubah pada ketinggian 600 meter, dari hutan hujan tanah rendah ke hutan montane. Kajian botani menunjukkan terdapat lebih 1,980 spesies tumbuhan berbunga daripada 123 jenis.

Semua jenis bunga di Malaysia terdapat di sini termasuk tumbuhan berharga seperti pokok palma giant fishtail , dan bunga tulip juga tumbuh di sini secara ujikaji. Bunga matahari emas yang tumbuh di sini adalah yang terbesar di seluruh negara.

Kira-kira 250 spesies burung, termasuk burung penghijrah dari Indochina dan Timur Asia, turut dilihat di sini. Suatu spesies biawak baru dijumpai di sini pada 2001.

Kawasan persekitaran sini adalah tempat perlindungan terakhir bagi mamalia besar seperti beruang matahari Malaya, harimau bintang dan harimau kelabu. Monyet, kancil, kucing hutan dan landak juga berkeliaran di kawasan hutan berdekatan mencari makanan.

Pada malam hari, kawasan taman menjadi sebuah zoo yang eksotik dengan landak berlari mencari makanan, tupai terbang ke sana kemari dan juga rama-rama atlas menari di beranda.

Pada zaman penjajah, kuda dan kereta tarik adalah pengangkutan yang dapat digunakan untuk ke bukit. Kemudian, pada 1940, banduan peperangan dikerahkan oleh penjajah Jepun untuk membina jalan bertar sepanjang 13 km ke atas bukit.

Jalan itu kemudiannya dibuka pada 1948, tiga tahun setelah penyerahan kalah oleh Jepun. Jalan yang dibuka bersimpang-siur dan mempunyai cerun yang curam, pada 45 darjah kecerunan.

Bagi menjamin keselamatan pengunjung, pengangkutan naik dan turun ke kawasan bukit ini terhad kepada kenderaan kerajaan iaitu kereta Land Rover yang dipandu pemandu mahir.