Tuesday, July 27, 2010

Bukit Larut

Monday, July 26, 2010

Bukit Larut








Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping, Perak. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.

Bukit Larut, yang sebelum ini dikenali sebagai Bukit Maxwell, adalah kawasan rehat pergunungan yang tertua, terkecil dan tidak terusik di Semenanjung Malaysia.

Ia diterokai pada 1884 oleh William Edward Maxwell, Pembantu Residen British di Perak.

Terletak pada ketinggian 1250 meter di atas paras laut, adalah tempat menerima hujan tahunan paling tinggi di Malaysia iaitu lebih 500 cm. Suhu di kawasan ini juga antara 15 darjah Centigrade di awal pagi dan lewat petang, sehingga 10 darjah Centigrade pada malam hari.

Tea Garden House, yang terletak di pertengahan kawasan bukit ini dahulunya pejabat sebuah ladang the. Bagaimanapun, daun teh tidak tumbuh dengan baik di kawasan ini, jadi pihak British memindahkan usaha pertanian mereka ke Tanah Tinggi Cameron yang kini menempatkan Ladang Teh Boh.

Kini, kawasan bangunan ini menjadi tempat persinggahan di pertengahan jalan sebelum tiba di puncak bukit. Pengunjung juga dapat melihat kawasan indah sejauh mata memandang di sini seperti Taman Tasik Perdana Taiping, kawasan hijau di Aulong dan Simpang serta jalan lurus sepanjang 19 km dari Taiping ke Kuala Sepetang.

Pada hari yang cerah, anda akan dapat melihat pesisiran pantai Semenanjung dan juga Selat Melaka dan kadang-kala laluan ke Pulau Pinang di utara dan Pulau Pangkor di selatan.

Pemandangannya sangat indah pada siang hari, dan kelihatan tenang pada malam hari. Bagaimanapun, pemandangan ini sering dilitupi awan pada petang, terutamanya antara bulan September hingga Disember.

Bukit Larut dikhaskan sebagai kawasan Sensitif Alam Sekitar (ESA) peringkat satu dan Simpanan Flora dan Fauna oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.





Latarbelakang
Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.

Fakta
Bukit Larut adalah kawasan yang paling lembap di Malaysia. Hampir setiap hari waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.
Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.
Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga.
Tea Garden (Kebun Teh) - dibina pada 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang teh Assam, kemudian dipindahkan ke Cameron Highlands.
Rumah Rehat Bukit Larut - terletak 1,034 meter di atas paras laut dan 10.1 kilometer dari kaki Bukit Larut dengan keluasan kawasan lebih kurang 1.2 hektar.
Banglo Beringin - asalnya dikenali sebagai Rumah Rehat Watson. Luas kawasannya 1.2 hektar dan berada pada ketinggian 1,036 meter atas paras laut dengan jarak 10.2 kilometer dari kaki Bukti Larut.
Banglo Angkasa - dibina pada 1906 dan dikenali sebagai 'The Federal Bungalows'. Banglo ini disewakan khas untuk VIP saja.
Banglo Cendana - dikenali sebagai The Hut yang dibina pada 1889 dengan kos sebanyak RM2,000.00.
Banglo Tempinis - asalnya dikenali sebagai Banglo Treacher. Sejarah pembinaan dan tujuannya tidak diketahui.
Sri Kayangan - dikenali sebagai The Box yang juga rumah kediaman rasmi Residen Perak. Kawasan ini mempunyai ketinggian 1,242 meter dari paras laut dengan jarak 11.7 kilometer dari kaki Bukit Larut. Persekitarannya amat menarik, kerana pemandangan dari bahagian hadapannya dapat menyaksikan kebiruan Selat Melaka serta panorama Bandar Taiping.
Rumah Rehat Gunung Hijau - asalnya dikenali sebagai The Speedy Resthouse dan terletak pada ketinggian 1,113 meter dari paras laut
[sunting] Penginapan dan Tambang
Pengunjung yang ingin ke puncak bukit mesti menaiki Land Rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut di kaki bukit dengan dikenakan tambang RM4 bagi dewasa dan RM2 (kanak-kanak antara lima hingga 12 tahun) untuk perjalanan dua hala ke stesen atas bukit. Tambang untuk perjalanan dua hala ke Banglo Cendana, Tempinis dan Rumah Rehat: RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak antara lima hingga 12 tahun). Jadual perjalanan Land Rover: antara 8 pagi hingga 5 petang (satu perjalanan bagi setiap jam naik dan turun).Kapasiti Land Rover: 8 orang dewasa. Maklumat dan tempahan penginapan boleh diperolehi dengan menghubungi Pegawai Menjaga Taman Peranginan Bukit Larut di talian 05-8077241/243


Pembiakan Bunga
Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut. Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada Bukit Larut, ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April.Benih bunga tulip di Bukit Larut diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.

Diantara jenis bunga tulip yang disemai adalah berwarna merah, merah jambu, putih serta ungu. Bunga tulip yang telah dipetik dijual pada harga RM5 sekuntum atau RM15 bagi satu pasu yang mengandungi tiga kuntum bunga.[1]
JENIS JENIS TULIP















BUKIT LARUT-SYURGA PERGUNUNGAN TENANG DAN CANTIK UNTUK PENCINTA ALAM.






Kesatuan Antarabangsa Pemeliharaan Alam Sekitar juga telah meletakkanya di dalam Kategori 1 ‘Khas Pusat Lindungan Alam Semulajadi', sementara Pusat Pemantauan Pemeliharaan Dunia - Program Alam Semulajadi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP-WCMC) turut mengiktiraf Bukit Larut sebagai satu kawasan ekologi dan botani yang penting.

Tumbuhan di sini berubah pada ketinggian 600 meter, dari hutan hujan tanah rendah ke hutan montane. Kajian botani menunjukkan terdapat lebih 1,980 spesies tumbuhan berbunga daripada 123 jenis.

Semua jenis bunga di Malaysia terdapat di sini termasuk tumbuhan berharga seperti pokok palma giant fishtail , dan bunga tulip juga tumbuh di sini secara ujikaji. Bunga matahari emas yang tumbuh di sini adalah yang terbesar di seluruh negara.

Kira-kira 250 spesies burung, termasuk burung penghijrah dari Indochina dan Timur Asia, turut dilihat di sini. Suatu spesies biawak baru dijumpai di sini pada 2001.

Kawasan persekitaran sini adalah tempat perlindungan terakhir bagi mamalia besar seperti beruang matahari Malaya, harimau bintang dan harimau kelabu. Monyet, kancil, kucing hutan dan landak juga berkeliaran di kawasan hutan berdekatan mencari makanan.

Pada malam hari, kawasan taman menjadi sebuah zoo yang eksotik dengan landak berlari mencari makanan, tupai terbang ke sana kemari dan juga rama-rama atlas menari di beranda.

Pada zaman penjajah, kuda dan kereta tarik adalah pengangkutan yang dapat digunakan untuk ke bukit. Kemudian, pada 1940, banduan peperangan dikerahkan oleh penjajah Jepun untuk membina jalan bertar sepanjang 13 km ke atas bukit.

Jalan itu kemudiannya dibuka pada 1948, tiga tahun setelah penyerahan kalah oleh Jepun. Jalan yang dibuka bersimpang-siur dan mempunyai cerun yang curam, pada 45 darjah kecerunan.

Bagi menjamin keselamatan pengunjung, pengangkutan naik dan turun ke kawasan bukit ini terhad kepada kenderaan kerajaan iaitu kereta Land Rover yang dipandu pemandu mahir.

No comments:

Post a Comment